CPU ( Central Processing Unit ) merupakan bahagian utama sesebuah komputer. Ia menjalankan semua arahan daripada sesuatu atur cara. CPU mengandungi unit aritmetik logik, unit kawalan, dan beberapa ingatan. CPU ini kadangkala dipanggil processor.
Learning On Computer Component Display atau singkatannya LCCD ialah sebuah CPU yang memudahkan proses pembelajaran pelajar kerana LCCD menyediakan pelbagai jenis kemudahan.
Saturday, 19 March 2016
Apa itu CPU?
CPU ( Central Processing Unit ) merupakan bahagian utama sesebuah komputer. Ia menjalankan semua arahan daripada sesuatu atur cara. CPU mengandungi unit aritmetik logik, unit kawalan, dan beberapa ingatan. CPU ini kadangkala dipanggil processor.
Apa itu Motherboard ?
Motherboard ialah papan litar utama yang mengandungi komponen-komponen primer sesebuah sistem komputer. Fungsi umum dari Motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain.
Apa itu Graphic Card ?
Graphic Card adalah papan litar khas yang boleh dipasang pada slot tambahan dalam komputer. Ia memberikan fungsi yang diperlukan oleh komputer untuk menjalankan atur cara grafik.
Friday, 18 March 2016
ready to the competition
Insha ALLAH kami akan bertanding di iCompEx'16 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah. Doakan kejayaan kami, doakan kami dapat melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama kolej. Usaha kami kejayaan bersama. Amin
Apa itu NIC ?
NIC ( Network Interface Card ) ialah kad tambahan atau peranti lain yang digunakan untuk menyediakan akses rangkaian ke komputer atau peranti lain, misalnya pencetak. NIC Network menjadi pengantara di antara komputer dan media fizikal, misalnya kabel di mana penghantaran dibuat melaluinya.
Apa itu CD-ROM Drive?

CD-ROM Drive peranti storan yang menggunakan cahaya laser berkuasa rendah untuk membaca data daripada CD-ROM yang boleh dikeluarkan
Apa itu Hard Disk Drive ?
HDD ( Hard Disk Drive) adalah alat untuk menyimpan dan mendapatkan semula maklumat digital, terutamanya data di dalam komputer. Ia terdiri daripada satu atau lebih cakera keras yang berputar cepat (sering dirujuk sebagai cakera keras), disalut dengan bahan magnet dan dengan kepala magnet diatur untuk menulis data dan membaca data dari permukaan cakera keras.
Wednesday, 16 March 2016
Apa itu Expansion Card ?
![]() |
| Contoh Expansion Card |
Expansion card (atau expansion board, adapter card atau
accessory card) adalah papan litar bercetak yang dipasangkan ke dalam penyambung
elektrik (electrical connector), atau expansion slot yang terdapat pada
motherboard komputer, backplane atau riser kad untuk menambah fungsi pada
kepada sistem komputer melalui expansion bus.
Apa itu Floopy Disk ?

Floppy Disk Drive (FDD) atau Disket adalah peranti simpanan data yang terdiri daripada sebuah medium simpanan magnet bulat yang tipis dan lembut, bersalut lapisan persegi yang berbentuk persegi. Fungsi FDD ialah sebagai alat pembaca dan penulis data kedalam disket.
Apa itu Power Supply ?

Power Supply ( Bekalan kuasa ) ialah suatu peranti eletronik yang membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan beban elektrik.
Fungsi utama bekalan kuasa adalah untuk menukar satu bentuk tenaga eletrik kepada yang lain dan, hasilnya, bekalan kuasa kadang kala dikenali sebagai penukar kuasa eletrik. Sesetengah bekalan kuasa adalah peranti bersendirian, tak kelihatan, sementara yang lain di bina pada peranti lebih besar bersama muatan mereka. Contoh yang kedua terdapat pada komputer meja dan peranti eletronik pengguna.
Apa itu RAM ?

RAM ialah singkatan dari Random Access Memory bermakna data atau arahan yang boleh dicapai secara rawak di dalamnya dan ia boleh melaksanakan proses baca dan tulis.
RAM bersifat VOLATILE ( TIDAK KEKAL ) bermakna ia akan kehilangan data atau arahan di dalamnya sebaik sahaja komputer ditutup.
Subscribe to:
Comments (Atom)


