Pages

Friday, 1 April 2016

KEJAYAAN DI iCompEx'16

Alhamdullillah KVS3P Innovation & Invention  Team (KVS3P I&I TEAM) telah beroleh kejayaan PINGAT PERAK dalam pertandingan iCompEx'16 yang di adakan pada 22-24 Mac 2016 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. LCCD telah menyertai dalam Kelas D (ICT dan Multimedia). Terima kasih kepada pihak kolej terutama pensyarah kami En. Magendren dan En, Fahrizal dalam membimbing kami untuk mencapai kejayaan ini..

TERIMA KASIH & ALHAMDULLILLAH





Saturday, 19 March 2016

Apa itu CPU?



CPU ( Central Processing Unit ) merupakan bahagian utama sesebuah komputer. Ia menjalankan semua arahan daripada sesuatu atur cara. CPU mengandungi unit aritmetik logik, unit kawalan, dan beberapa ingatan. CPU ini kadangkala dipanggil processor.

Apa itu Motherboard ?


Motherboard

Motherboard ialah papan litar utama yang mengandungi komponen-komponen primer sesebuah sistem komputer. Fungsi umum dari Motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain.

Apa itu Graphic Card ?



Graphic Card adalah papan litar khas yang boleh dipasang pada slot tambahan dalam komputer. Ia memberikan fungsi yang diperlukan oleh komputer untuk menjalankan atur cara grafik.

Friday, 18 March 2016

ready to the competition

Insha ALLAH kami akan bertanding di iCompEx'16 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah. Doakan kejayaan kami, doakan kami dapat melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama kolej. Usaha kami kejayaan bersama. Amin


Apa itu NIC ?



NIC ( Network Interface Card ) ialah kad tambahan atau peranti lain yang digunakan untuk menyediakan akses rangkaian ke komputer atau peranti lain, misalnya pencetak. NIC Network menjadi pengantara di antara komputer dan media fizikal, misalnya kabel di mana penghantaran dibuat melaluinya.

Apa itu CD-ROM Drive?



CD-ROM Drive peranti storan yang menggunakan cahaya laser berkuasa rendah untuk membaca data daripada CD-ROM  yang boleh dikeluarkan

Apa itu Hard Disk Drive ?



HDD ( Hard Disk Drive) adalah alat untuk menyimpan dan mendapatkan semula maklumat digital, terutamanya data di dalam komputer. Ia terdiri daripada satu atau lebih cakera keras yang berputar cepat (sering dirujuk sebagai cakera keras), disalut dengan bahan magnet dan dengan kepala magnet diatur untuk menulis data dan membaca data dari permukaan cakera keras.

Wednesday, 16 March 2016

Apa itu Expansion Card ?

Contoh Expansion Card




Expansion card (atau expansion board, adapter card atau accessory card) adalah papan litar bercetak yang dipasangkan ke dalam penyambung elektrik (electrical connector), atau expansion slot yang terdapat pada motherboard komputer, backplane atau riser kad untuk menambah fungsi pada kepada sistem komputer melalui expansion bus.


Expansion Slot yang terdapat pada motherboard
Expansion bus adalah computer bus yang mengerakkan maklumat diantara perkakasan dalaman sistem (termasuk CPU dan RAM) dan alat peranti (peripheral devices). Ia merupakan koleksi wayar dan protokol yang membenarkan expension card berfungsi

Apa itu Floopy Disk ?



Floppy Disk Drive (FDD) atau Disket adalah peranti simpanan data yang terdiri daripada sebuah medium simpanan magnet bulat yang tipis dan lembut, bersalut lapisan persegi yang berbentuk persegi. Fungsi FDD ialah sebagai alat pembaca dan penulis data kedalam disket.

Apa itu Power Supply ?



Power Supply ( Bekalan kuasa ) ialah suatu peranti eletronik yang membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan beban elektrik.

 Fungsi utama bekalan kuasa adalah untuk menukar satu bentuk tenaga eletrik kepada yang lain dan, hasilnya, bekalan kuasa kadang kala dikenali sebagai penukar kuasa eletrik. Sesetengah bekalan kuasa adalah peranti bersendirian, tak kelihatan, sementara yang lain di bina pada peranti lebih besar bersama muatan mereka. Contoh yang kedua terdapat pada komputer meja dan peranti eletronik pengguna.

Apa itu RAM ?



RAM ialah singkatan dari Random Access Memory bermakna data atau arahan yang boleh dicapai secara rawak di dalamnya dan ia boleh melaksanakan proses baca dan tulis.

RAM bersifat VOLATILE ( TIDAK KEKAL ) bermakna ia akan kehilangan data atau arahan di dalamnya sebaik sahaja komputer ditutup.

Friday, 26 February 2016

Apa Itu LCCD ?

Learning Computer Component Display atau singkatannya LCCD ialah sebuah CPU yang memudahkan proses pembelajaran pelajar kerana LCCD menyediakan pelbagai jenis kemudahan.LCCD juga ialah sebuah projek inovasi Kolej Vokasional Seberang Perai ( KVS3P ) yang diasaskan pada awal bulan Februari yang bertujuan untuK menyertai pertandingan inovasi seperti I-COMPLEX.

Antara kemudahan yang disediakan memudahkan ialah: 
1.Membuka casing CPU dengan mudah.
2.Menyediakan QR CODE untuk mudah mengenalpasti komponen-komponen komputer dengan hanya mengimbas QR CODE.
3.Menyediakan label nama pada board CPU.
4.Memudahkan proses membaiki komputer kerana casingnya mudah dibuka.